»
Showing posts with label Dairy Saya. Show all posts
Showing posts with label Dairy Saya. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

JUBAH MADIHA - MURAH DAN BERBALOI



Apa yg Istimewanya JUBAH MADIHA ini ialah:

  •  material Heavy Peach Khosibo yg sejuk & selesa dipakai
  •  lembut, tidak panas, kain jatuh & terletak cantik
  • Wudhu friendly, menepati Syariah Muslimah - kain tidak melekat pada badan
  • cutting A cut
  • leher baju kurung
  • terdapat 16 warna pilihan yg cantik

Harga termasuk Postage Fees
  •  RM 55 SM
  •  RM 60 SS
 saiz S

Bahu : 14.5 Labuh tangan : 22 lilit lengan : 14 lilit dada : 37 lilit pinggang 46 labuh jubah : 55


 saiz M

Bahu : 15 Labuh tangan : 22.5 lilit lengan : 15 lilit dada : 38 lilit pinggang 48 labuh jubah : 56


 saiz L

Bahu : 16 Labuh tangan : 23.5 lilit lengan : 16 lilit dada : 42 lilit pinggang 50 labuh jubah : 56


 saiz XL

Bahu : 17 Labuh tangan : 23.5 lilit lengan : 17 lilit dada : 43 lilit pinggang 52 labuh jubah : 56


-ukuran dalam cm-

Berminat?  PM atau WhatsApp ke 013-3796310

 KOD MC 12

 KOD MC 15

 KOD MC 06

 KOD MC 05

 KOD MC 03

 KOD MC 02

 KOD MC 01

 KOD MC 4

 KOD MC 08

 KOD MC 09

 KOD MC 07

  KOD MC 13

 KOD MC 14

  KOD MC 16

  KOD MC 11

  KOD MC 10


Tuesday, August 04, 2015

ANDAI DAPAT SURAT PERTUKARAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17...



Dear Dairy,

Bulan ni dah genap SETAHUN aku hantar Borang Pertukaran Luar bawah KKM. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Kadang-kadang aku pelik lah, member aku ada je yang hantar TAK SAMPAI 3 bulan borang pertukaran dah dapat transfer balik negeri. Dah lah aku lapor diri jauh dari Johor. Jauh dari family. Orang cakap jauh pemandangan, luas pengalaman. Tapi aku rasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kat negeri sendiri sebab tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

Memang la mula-mula aku rasa okey je sebab sebelum ni Johor dan KL cuti mingguan hari Sabtu dan Ahad. So aku boleh la spend time dengan family aku time tu, walau terpaksa naik bas hampir 3++ jam setiap Jumaat petang dan hari Ahad naik bas balik KL. Tapi sekarang cuti mingguan Johor dah tukar hari Jumaat dan Sabtu. Kesian dekat suami aku, jumpa dia hanya Jumaat malam sampai Sabtu malam. Sebab apa? Sebab Ahad dia kerja, dan aku pulak dah nak balik KL time tu. 

Harga tiket pulak sekarang dah mahal. Tiket KL- Ayer Hitam sehala RM 27.60 x 2 = RM55.20 untuk perjalanan pergi dan balik. Kalau balik tiap-tiap minggu darab empat RM55.20 x 4 = RM 220.80. Duit tiket kena spent RM 220.80 sebulan. Tu baru duit tiket, duit token naik LRT lagi? Nak jimat memamg boleh, tak payah balik, maknanya jumpa suami sebulan boleh jumpa 1 atau 2 kali aje.  Nama je suami isteri tapi PJJ lagi. 

Call KKM Putrajaya jawapan mesti "awak tunggu jelah". Naik fed up pulak nak call tanya. Susah sangat ke nak dapat tukar ni? Memang kena tunggu tiga tahun ke? Tapi aku lantikan 2013, hampir dah nak cukup 3 tahun.  Tapi kenapa tak dapat tukar-tukar lagi? Sedih la macam ni. Ada sesiapa tak pernah kena macam ni? Lama tak korang tunggu?
nota kaki : 
- ini luahan hati saya, tiada kene mengena dengan orang lain.
- dengar-dengar ada lantikan baru September ni, kalau ade yang dapat tu, meh la roger-roger sini. ^_^

Thursday, February 14, 2013

Life in HKL - 1 Month




Dear dairy,

Hari ini 14 Feb 2013, hampir sebulan lebih ( lebih tu lebih seminggu aje) Aku bergelar Penjawat Awam di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Masa lapor diri pada 7 Jan 2013 adalah hari paling sibuk dan penat bagi Aku dan kawan-kawan yang dapat tawaran lantikan Pembantu Tadbir (PT). 

Sebab apa? Sebab kita orang kena isi macam-macam borang dan submit semua borang-borang tu on time. Nasib baik beberapa hari sebelum lapor diri, Cawangan Perkhidmatan HKL call suruh bawak dokumen-dokumen seperti salinan I/C, nombor KWSP, buku bank, gambar berukuran passport, salinan Surat Tawaran Lantikan, akuan sumpah, Surat Setuju Terima, Laporan Kesihatan ( Medical Check-up). Semua kena buat dalam 3 salinan. Tapi Aku buat 4 salinan, mana tau ada borang lain yang nak kena isi. Ada jugak member-member PT lain yang tak bawak, terpaksa lah diorang pergi ambil gambar on the spot.

Lepas 3 hari orientasi pasal HKL, pasal Gaji, pasal HRMIS, pasal sah lantikan dan sah perkhidmatan, pasal Tatatertib dan Cara Kerja, barulah dapat penempatan. Aku dapat bawah Jabatan Urologi dan ditempatakan dekat Klinik Urologi. 


Best ker? So far so good lah. Mula-mula memang lah macam nak 'masuk' dengan Sister, JM ( Jururawat Masyarakat) , SN (Staff Nurse/ Jururawat Terlatih) macam tak boleh sebab Aku bukan basic Medic, tapi kata orang 'kayuh perahu perlahan-lahan'. Dan sekarang Aku masih lagi belajar dari mereka semua. Harap semua akan berjalan dengan baik dan bagus kerana impian untuk mintak tukar masih lagi ada dalam hati ni.:)

With love,

P/s : Untuk Pembantu Tadbir yang akan daftar 18 Feb 2013 yang akan datang, Good Luck All!


Monday, January 28, 2013

Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam



Lirik Lagu :

Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya



nota kaki : semangat dengar lagu ni... :)


 

Sunday, December 30, 2012

Susah Hati T_T - Anyone lapor diri di HKL?


Dear Dairy,

Before this, Aku ada cerita pasal dapat Tawaran Jawatan Pembantu Tadbir kan dekat sini kan. 

Sehingga hari ini, Aku masih belum nampak tanda-tanda surat dari KKM muncul di peti surat rumah Aku. Tapi Aku dah semak tempat lapor diri dan penempatan dekat laman web  Senarai Semakan Penempatan.

Dan.....bila aje Aku semak hasilnya adalag seperti dibawah :-


Jawatan
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N17
Tempat melapor diri
HOSPITAL KUALA LUMPUR
Urusan
PENEMPATAN CALON BARU
Tempat penempatan wajib
HOSPITAL KUALA LUMPUR
Tarikh penempatan
07 Jan 2013


Hospital Kuala Lumpur (HKL) ? Biar betol ni aku kena lapor diri kat HKL? T_T nangis Aku sekejap..KL tu Kuala Lumpur lah bukan KL- Kampung Lukut [ ni kampung Aku]...

Adoi, macam tiba-tiba rasa dunia gelap jap. Aku tanya member yang dapat jawatan ni, tapi dorang semua kena lapor diri dekat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing. Kenapa Aku tak lapor diri dekat JKN Johor jer? Kan Aku lahir kat Hospital Kota Tinggi? Kenapa? Kenapa? :'(

Apa Aku nak buat sekarang ni? Ada sesiapa yang senasib dengan Aku tak? Jom sewa rumah sama-sama. Sebab Aku dapat info yang quarters yang disediakan hanya untuk nurse dan untuk mereka-mereka yang sudah berkeluarga sahaja. Dan boleh ker buat rayuan tukar penempatan? Ada apa-apa syarat?

Kepada sesiapa yang mengalami masalah atau pernah mengalami macam Aku, please email me at : ixorynna90elyn@gmail.com atau Tweet @AllineAmalina atau add/PM dekat FB Aku.

Harap ada yang dapat bantu Aku. 

Wednesday, December 19, 2012

Harapan Baru untuk Tahun Baru 2013


Assalamualikum...

Dear Dairy,

Harapan Baru untuk tahun baru 2013.


Wah bukan kemain lagi cakap pasal Year 2013, walhal sekarang ini, di hari ini, tarikh di lappy ini baru tanggal 19 Dec 2012. Yang sibuk-sibuk cakap pasal Year 2013 ni apa hal? Anything?

Oh my Dairy,

Sebelum masuk tahun baru 2013 ni, banyak kenangan-kenangan yang sedih dan gembira. Tapi kenangan di bawah buat Aku tak tahu mahu gembira atau tak.

  Aku dapat pergi temuduga then dapat jadi calon simpanan SPA.

 Orang kata jadi calon simpanan umpama sebelah kaki dalam sektor kerajaan kan?


Yup, maybe. Entahlah, masa tu Aku down jugak lah dapat result macam tu. Tapi ALLAH itu Maha Kaya dan MAHA KUASA. 

Last two weeks, ayah telefon cakap ada surat sampai untuk Aku. Nak tahu surat apa?


Aku dapat surat Tawaran Pelantikan Tetap ke Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 di Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Wah, ayah paling gembira sampai dapat darah tinggi. Dan Aku sangat bersyukur kepada ALLAH atas rezeki yang diberikan ini.

My Dairy,

Oleh sebab itu jugak, Aku berharap agar Year 2013 yang akan tiba akan memberi Aku sinar, harapan dan peluang baru dalam sektor kerajaan ini. 

Penantian 4 tahun yang berbaloi.  Selama 1 tahun setengah Aku kerja di Legal Firm ni, banyak kali jugak lah Aku fikir nak quit cepat, tapi Mak, Abah, Ibu ngan Ayah larang, mungkin feeling orang tua ni tahu yang Aku bakal dapat kerja kerajaan.

By the way, 7 January 2013, Aku akan lapor diri. Tapi tempat lapor diri dan penempatan masih tak tahu lagi. Harap-harap Aku masih posting dalam daerah Johor lagi. Senang untuk berurusan dan jumpa Si Dia .


With love from me, 

p/s : ada sesiapa yang dapat tawaran sama dari KKM? Takut tak ada kawan time lapor diri ....

Kalau ada yang dapat jawatan sama ngan Aku, please email me at : ixorynna90elyn@gmail.com atau Tweet @AllineAmalina

Thursday, November 29, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: 
Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.

Tuesday, July 03, 2012

Sejarah Nama Kampung Di Johor


Sejarah Nama Kampung Di Johor


Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Sg Mati, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. 

Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. 

Kisah di sebalik nama beberapa tempat di Johor:

1. Gelang Patah, Johor Bahru
Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini. 

2. Kampung Belokok, Pontian
Kampung ini diasaskan oleh Tahir Sekeruk, iaitu nama ketua kampung pertamanya. Nama belokok diberikan kepada kampung ini sempena nama ikan jemudak atau lebih dikenali sebagai ikan belokok oleh penduduk tempatan. Pada ketika itu, sungai berhampiran kampung berkenaan iaitu Sungai Pulai dikatakan terdapat banyak ikan belokok. Apabila kampung berkenaan dibuka, Tahir Sekeruk memutuskan untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Belokok. 

3. Kampung Seri Bunian, Pontian 
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.

4. Kampung Sungai Buntu, Pengerang
Kampung yg terletak di daerah Kota Tinggi ini mendapat namanya kerana laluan air di muara sungai yg dikatakan terperangkap, kesan daripada timbunan pasir di penghujung muara sungai berkenaan. Sejak 100 tahun lalu, air sungai ini dikatakan hanya mengalir ke laut pada musim tengkujuh. Disebabkan keadaan ini, sungai berkenaan kelihatan seakan-akan buntu untuk mengalirkan airnya ke laut, sebaliknya air mengalir ke anak-anak sungai. 

5. Mukim Sungai Pinggan, Pontian 
Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga puteri itu. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan. (mitos yg sama turut dikaitkan dgn Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut)

6. Desa Temu Jodoh, Segamat
Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiku kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh.

7. Tongkang Pecah, Batu Pahat
Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah. 

8. Pasir Gudang, Johor Bahru
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, beberapa kampung telah didirikan seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir dan Kampung Sungai Perembi. Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh (masih kekal sehingga sekarang) dan Kampung Pulau Tekong (menjadi wilayah Singapura). Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

9. Sungai Peradin (Parit Jerman), Pontian 
Sungai Peradin terletak di Kampung Belokok, lebih kurang 5km dari Pekan Peradin, di mana lokasinya dikeliling dengan kawasaan Hutan Paya Bakau yang luas. Pada suatu masa dahulu dikatakan di situ terletaknya penempatan satu kelompok Bangsa Jerman yg mana mereka telah mengusahakan ladang ladang pertanian di sana dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai. Bagi menjelaskan kebenaran cerita kehadiran Bangsa Jerman tersebut,terdapat kesan peninggalan mereka, melalui pelbagai bentuk tiang-tiang dan lantai yang diperbuat daripada simen berkemungkinan adalah bekas gudang serta jeti. Nama Kampung Jerman juga, yang terletak tidak jauh dari situ menguatkan lagi akan penempatan bangsa Jerman di situ. — SUMBER



Sunday, March 25, 2012

Menang Lagi =)


Allhamdullilah , syukur kepada Allah....  tak sangka Alline Join  Saya Nak Tudung Bawal  then Alline menang lagi di  pertama. Syukur ....

SILA LIHAT DISINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH GA TERSEBUT =)





Inilah hadiah yang bakal Alline dapat =)


Jom jemput join GA saya


Saturday, March 10, 2012

Facebook Emoticon Codes


Facebook Emoticon Codes

So here are the "codes" you should type in facebook chat in order to put smileys. Facebook's chat text parser recognises these emoticon codes and shows up corresponding images of smiley faces.


Wednesday, February 29, 2012

29 February - leap year baby




29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.



Tahun Lompat
Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Orang yang dilahirkan pada 29 Februari  (may be called a "leapling" or a "leap year baby") akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
                     
Selamat hari Lahir Leap Year Baby today =0

Wednesday, February 22, 2012

Saya Menang =)



Allhamdullilah , syukur kepada Allah.... setelah lama Alline asyik join GA & Contest, tak sangka Alline Join 10 Days Giveaway by Atie then Alline menang tempat ke-dua. Syukur ....

SILA LIHAT DISINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH GA TERSEBUT =)

Inilah hadiah yang bakal Alline dapat : Cute Pouch dari Atie. Thanks Atie..




Semoga Alline menang untuk semua GA & Contest yang Alline join =) Amin

Friday, January 27, 2012

Jom Semak Blacklist PTPTN



Soalan :

Bagaimanakah cara untuk mengetahui samada nama kamu semua (termasuk Alline Amalina) telah disenarai hitam oleh PTPTN?


Jawapan:

Semakan senarai hitam boleh dilakukan di laman web PTPTN (Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam) atau hubungi Call Centre di talian 03-2080 4455.



Bayar lah Wang Pinjaman PTPTN anda =)