»
Showing posts with label Jom Belajar. Show all posts
Showing posts with label Jom Belajar. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Tips Menjadi Pasangan Bahagia - ( IDEA ROMANTIK PART 1)



Tips Menjadi Pasangan Bahagia - ( IDEA ROMANTIK PART 1)


Tips-tips Yang dinyatakan dibawah ini, lebih sesuai
diamalkan bagi pasangan yang sudah berumahtangga. :)


IDEA # 1
Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan
padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah
menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk
menjaganya sepanjang ketiadaan anda. Comel kan?


IDEA # 2
Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada
siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan,
mesej anda akan muncul!


IDEA # 3
Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di
rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang,
memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang
anda rancang bersama.
Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!


IDEA # 4
Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu
selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus
diberkati dan harmoni.


IDEA # 5
Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di
ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan
seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan
istimewa.
Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.


KLIK SINI untuk tips seterusnya


P/s : ILHAM KUMPUL DUIT KAHWIN dari SINI

Monday, September 09, 2013

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?


Amalkan doa ni selepas solat.



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء


"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"



SUMBER




Wednesday, May 15, 2013

SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2013




SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2013



Perdana Menteri & Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 

Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri- Jabatan Perdana Menteri:
  1. Yb Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
  2. Yb Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
  3. Yb Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
  4. Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
  5. Yb Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
  6. Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
  7. Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs)
  8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri- Jabatan Perdana Menteri:

  1. Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
  2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
Menteri Kewangan I: 

Yab Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)

Menteri Kewangan II : 
Yb Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri Kewangan:
Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno)


Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
  1.  Menteri I: Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
  2. Menteri II: Yb Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (Umno)

Timbalan Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:

  1. Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
  2. Timbalan Menteri II: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)

Menteri Pertahanan:
Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)
Timbalan Menteri Pertahanan: Yb Dato’ Abdul Rahim Bakri (Umno)


Menteri Pengangkutan:
Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku)
Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)


Menteri Dalam Negeri:
Menteri : Yb Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno)
Timbalan Menteri :Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)


Menteri Kerja Raya:
Menteri : Yb Dato’ Fadilllah Yusof (Pbb)

Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
Menteri : Yb Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno)
Timbalan Menteri: Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)


Menteri Luar Negeri:
Menteri : Yb Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Hamzah Bin Zainuddin (Umno)



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
Menteri : Yb Dato’ Hasan Bin Malek (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (Umno)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
Menteri : Yb Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Jailani Bin Johari (Umno)

Menteri Sumber Manusia:
Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
Menteri : Yb Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
Menteri : Yb Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)

Menteri Belia Dan Sukan:
Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Saravanan A/L Murugan (Mic)

Menteri Kesihatan:
Menteri : Yb Dato’ Seri Subramaniam (Mic)
Timbalan Menteri : Yb Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya (Umno)

Menteri Wilayah Persekutuan:
Menteri : Yb Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno)
Timbalan Menteri: Yb Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
Menteri : Yb Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)

Timbalan Menteri : Yb Dato’ Noriah Binti Kasnon (Umno)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs)
Timbalan Menteri : Yb Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
Menteri : Yb Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno)

Timbalan Menteri : Yb Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
Menteri : Yb Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno)
Timbalan Menteri : Yb Dato’ Joseph Salang Anak Gandum (Prs)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)
Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic)
Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. James Dawos Mamit (Pbb)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb)
Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)

Ringkasan:

Perdana Menteri: 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri: 1 Jawatan
Menteri: 30 Jawatan (Termasuk Timbalan Perdana Menteri)
Timbalan Menteri: 27 Jawatan
Jumlah 57 Jawatan
Jumlah Kementerian 24
Jumlah Senator Sedia Ada 1 Orang
Jumlah Senator Akan Dilantik 5 Orang (2 Menteri Dan 3 Timbalan Menteri)
Jumlah Backbenchers 82 Orang






Thursday, December 13, 2012

Sejarah Nama Tempat Di Johor


Sejarah Nama Tempat di Johor




1. Kampung Belukar Juling, Mersing.

Pada awal penubuhannya, di kampung belukar juling dikatakan terdapat seorang lelaki cina bermata juling yang tinggal di situ kerana kawasannya yang jauh dan berdekatan dengan laut. Pada suatu hari, lelaki cina itu dikatakan telah membersihkan kawasan tersebut untuk menanam pokok getah. Namun, apabila semuanya selesai lelaki berkenaan hilang tanpa dapat dikesan. Akhirnya kawasan tersebut telah ditumbuhi semak dan belukar. Ketika kawasan itu mahu dijadikan kawasan petempatan, penduduk di situ menamakan kawasan berkenaan sebagai belukar juling, sempena lelaki cina bermata yang membersihkan kawasan itu. Walaupun identiti lelaki bermata juling itu tidak diketahui sehingga ke hari ini, nama belukar juling kekal hingga sekarang. 


2. Felda Ulu Dengar, Kluang.

Felda ini mendapat namanya sempena sungai dengar yang terletak berdekatan dengan gunung belumut. Desiran air sungai berkenaan bukan sahaja boleh didengar malah dapat dinikmati sepanjang sungai berkenaan dan boleh dilihat jika pengunjung serta penduduk menyelusuri sungai berkenaan. Namun, dikatakan ketika itu aliran air di hulu sungai tidak dapat dilihat dan hanya bunyi derasannya yang dapat didengar dari kawasan berhampiran. Menurut penduduk di felda ini, pada ketika itu, mereka yang menyelusuri sungai itu tidak dapat melihat air yang mengalir di hulu sungai dan hanya dapat mendengar bunyinya sahaja. Apabila felda ini diwujudkan, nama Ulu Dengar digunakan sempena keunikan suasana di hulu sungai berkenaan. 


3. Kampung Liang Batu, Pagoh. 

Nama kampung ini diperoleh sempena satu peristiwa, iaitu air yang mengalir melalui liang (terowong) menghala ke Sungai Muar. Apabila air itu hampir tiba di Sungai Muar, ia membelok ke kiri. Air yang melalui liang berkenaan jatuh ke batu yang dikatakan disusun oleh Sang Kelembai untuk menagkap ikan. Berikutan peristiwa ini, kampung berkenaan diberikan nama Kampung Liang Batu.



Credit : Kenali Johor

Thursday, November 29, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: 
Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.

Tuesday, July 03, 2012

Sejarah Nama Kampung Di Johor


Sejarah Nama Kampung Di Johor


Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Sg Mati, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. 

Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. 

Kisah di sebalik nama beberapa tempat di Johor:

1. Gelang Patah, Johor Bahru
Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini. 

2. Kampung Belokok, Pontian
Kampung ini diasaskan oleh Tahir Sekeruk, iaitu nama ketua kampung pertamanya. Nama belokok diberikan kepada kampung ini sempena nama ikan jemudak atau lebih dikenali sebagai ikan belokok oleh penduduk tempatan. Pada ketika itu, sungai berhampiran kampung berkenaan iaitu Sungai Pulai dikatakan terdapat banyak ikan belokok. Apabila kampung berkenaan dibuka, Tahir Sekeruk memutuskan untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Belokok. 

3. Kampung Seri Bunian, Pontian 
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.

4. Kampung Sungai Buntu, Pengerang
Kampung yg terletak di daerah Kota Tinggi ini mendapat namanya kerana laluan air di muara sungai yg dikatakan terperangkap, kesan daripada timbunan pasir di penghujung muara sungai berkenaan. Sejak 100 tahun lalu, air sungai ini dikatakan hanya mengalir ke laut pada musim tengkujuh. Disebabkan keadaan ini, sungai berkenaan kelihatan seakan-akan buntu untuk mengalirkan airnya ke laut, sebaliknya air mengalir ke anak-anak sungai. 

5. Mukim Sungai Pinggan, Pontian 
Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga puteri itu. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan. (mitos yg sama turut dikaitkan dgn Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut)

6. Desa Temu Jodoh, Segamat
Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiku kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh.

7. Tongkang Pecah, Batu Pahat
Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah. 

8. Pasir Gudang, Johor Bahru
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, beberapa kampung telah didirikan seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir dan Kampung Sungai Perembi. Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh (masih kekal sehingga sekarang) dan Kampung Pulau Tekong (menjadi wilayah Singapura). Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

9. Sungai Peradin (Parit Jerman), Pontian 
Sungai Peradin terletak di Kampung Belokok, lebih kurang 5km dari Pekan Peradin, di mana lokasinya dikeliling dengan kawasaan Hutan Paya Bakau yang luas. Pada suatu masa dahulu dikatakan di situ terletaknya penempatan satu kelompok Bangsa Jerman yg mana mereka telah mengusahakan ladang ladang pertanian di sana dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai. Bagi menjelaskan kebenaran cerita kehadiran Bangsa Jerman tersebut,terdapat kesan peninggalan mereka, melalui pelbagai bentuk tiang-tiang dan lantai yang diperbuat daripada simen berkemungkinan adalah bekas gudang serta jeti. Nama Kampung Jerman juga, yang terletak tidak jauh dari situ menguatkan lagi akan penempatan bangsa Jerman di situ. — SUMBER



Tuesday, May 22, 2012

“Oh My English”




SEKAPUR SIRIH

Di SMK Ayer Dalam, ‘Kelas 3 Merah’ terkenal sebagai kelas yang mempunyai berbagai kerenah. Tidak siapa ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya sangat nakal, suka buat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk dalam sekolah tersebut. Subjek yang mereka paling tidak gemar ialah Bahasa Inggeris.

Akhirnya tampil seorang guru bernama Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris yang peramah dan optimistik. Dia dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di United Kingdom. Kaedah pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian pelajar dan lama-kelamaan menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Bolehkah pelajar-pelajar tersebut dilentur? Berapa lama Henry boleh bertahan di kelas tersebut ? Semua ini akan terjawab dalam “Oh My English” – sitcom pembelajaran yang pasti akan membuatkan anda tak kering gusi dan membantu anda menguasai Bahasa Inggeris!


Menonton sambil belajar,