»
Showing posts with label Saya Bagi Nasihat?. Show all posts
Showing posts with label Saya Bagi Nasihat?. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Tips Menjadi Pasangan Bahagia - ( IDEA ROMANTIK PART 1)



Tips Menjadi Pasangan Bahagia - ( IDEA ROMANTIK PART 1)


Tips-tips Yang dinyatakan dibawah ini, lebih sesuai
diamalkan bagi pasangan yang sudah berumahtangga. :)


IDEA # 1
Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan
padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah
menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk
menjaganya sepanjang ketiadaan anda. Comel kan?


IDEA # 2
Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada
siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan,
mesej anda akan muncul!


IDEA # 3
Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di
rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang,
memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang
anda rancang bersama.
Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!


IDEA # 4
Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu
selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus
diberkati dan harmoni.


IDEA # 5
Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di
ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan
seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan
istimewa.
Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.


KLIK SINI untuk tips seterusnya


P/s : ILHAM KUMPUL DUIT KAHWIN dari SINI

Thursday, November 29, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)


  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: 
Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. 

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.

Friday, January 27, 2012

Jom Semak Blacklist PTPTN



Soalan :

Bagaimanakah cara untuk mengetahui samada nama kamu semua (termasuk Alline Amalina) telah disenarai hitam oleh PTPTN?


Jawapan:

Semakan senarai hitam boleh dilakukan di laman web PTPTN (Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam) atau hubungi Call Centre di talian 03-2080 4455.



Bayar lah Wang Pinjaman PTPTN anda =)

Tuesday, November 29, 2011

Paku Di Dinding


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda semua....

Tuesday, November 15, 2011

Halal Tapi Haram


Kesinambungan dari artikel SINI , di bawah adalah beberapa contoh gaya@cara pemakaian budak perempuan sekarang yang Halal tapi Haram.

Kesalahan : Tudung Singkat

Allah menyuruh wanita memakai tudung menutup kepalanya hinggalah ke dada, ini bermakna tudung itu mestilah dilabuhkan ke bahagian dada.Jadi, jika mereka hanya memakai tudung tapi tidak melabuhkan tudung itu ke dada, maka ia telah mengingkari separuh dari arahan tersebut, mengingkari arahan Allah adalah haram.

Kesalahan : tudung yang nampak leher

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(Surah An Nur ayat 31)

Kesalahan : toncet (sanggul) terlalu tinggi

Hadith : “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- Hadith Riwayat Ahmad, Jil.2, Ms. 223.”

Kesalahan : Pakai tudung, tapi nampak rambut (jambul)

Tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

Kesalahan : memakai make-up yang keterlaluan

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah: “Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:

“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak" Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun- umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka”. Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah

perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya. Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

Kesalahan : seluar terlalu kecil (memakai legging) hingga menampakkan bentuk kaki

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya reka bentuknya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya.

Dalilnya: Dari Abu Hurayrah ra, bahawa "Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”[sahih Muslim, 2128]

Kesalahan : baju terlalu singkat

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

Kesalahan : Baju terlalu jarang

Cara pakaian menurut Islam : Tidak menampakkan tubuh PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Doodle ambil dari MD, terima kasih

Pakaian Remaja:Di mana silapnya??


"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.

Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.

Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.

Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.

Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.

Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit.

Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.

Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.

Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.

Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan.

Renungan untuk diri sendiri juga,

Saturday, November 12, 2011

Untuk Calon-calon SPM 2011


" Kepada semua tentera SPM 2011, pertempuran akan bermula. Bendera SPM akan dinaikkan pada tahun ini & bendera ENJOY akan diturunkan. Di istiharkan DARURAT, lepak, ketawa huha2 sampai pagi akan ditukar dengan duduk mengadap buku, study sampai pagi. Sebarkan kepada tentera SPM dengan ucapan semoga berjaya mendapat straight 'A+'...!!!! Gewe letok tepi...prekso jawap sengoti.."

Untuk semua calon-calon SPM, pastikan kamu semua datang ambil exam ikut jadual yang betul okey? Dekat bawah ni ada jadual waktu SPM 2011...so, jangan ada yang salah tengok jadual....
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011

ISNIN 14 November 2011

08:00 pagi — 10:15 pagi – Bahasa Melayu Kertas 1

02:00 petang — 04:30 petang – Bahasa Melayu Kertas 2

SELASA 15 November 2011

08:00 pagi — 09:45 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1

10:30 pagi — 12:45 tgh hari – Bahasa Inggeris Kertas 2

RABU 16 November 2011

08:00 pagi — 09:00 pagi – Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Sejarah Kertas 2

KHAMIS 17 November 2011

08:00 pagi — 09:15 pagi – Metamatik (Aneka Pilihan) Kertas 1

10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Metamatik Kertas 2

ISNIN 21 November 2011

08:00 pagi — 10:00 pagi – Pendidikan Islam Kertas 1

11:15 pagi — 12:55 tgh hari – Pendidikan Islam Kertas 2

RABU 23 November 2011

08:00 pagi — 10:00 pagi – Metamatik Tambahan Kertas 1

02:00 petang — 04:30 petang – Metamatik Tambahan Kertas 2

KHAMIS 24 November 2011

08:00 pagi — 09:15 pagi – Fizik (Aneka Pilihan) Kertas 1

10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Fizik Kertas 2

02:00 petang — 03:30 petang – Fizik (Amali Bertulis) Kertas 3

SELASA 29 November 2011

08:00 pagi — 09:15 pagi – Kimia (Aneka Pilihan) Kertas 1

10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Kimia Kertas 2

02:00 petang — 03:30 petang – Kimia (Amali Bertulis) Kertas 3

RABU 30 November 2011

08:00 pagi — 09:15 pagi – Biologi (Aneka Pilihan) Kertas 1

10:00 pagi — 12:30 tgh hari – Biologi Kertas 2

02:00 petang — 03:30 petang – Biologi (Amali Bertulis) Kertas 3

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar di Malaysia, amnya pelajar-pelajar SMKB, khusus buat Angah..Good Luck, All The Best dan Buat yang terbaik...

Tempun SPM dengan DUIT:

D - Doa

U - Usaha

I - Ikhtiar

T - Tawakal

Semoga berjaya,

Friday, October 28, 2011

Menipu?



Gambar hiasan
Pada suatu hari yang cerah, seorang bapa telah dipanggil ke sekolah oleh Cikgu kerana Anak melakukan kesalahan.

Cikgu : Encik, saya panggil encik ni sebab anak encik ni didapati mencuri dekat kelas dia.

Bapa : Barang ape yang dia curi Cikgu? (mata sambil tenung anak)

Anak : (tertunduk)

Cikgu : Dia curi barang-barang kawan-kawan dia, pensil, pemadam, pembaris....

Bapa : Betol ke cikgu? (mata pandang anak) Yang kamu ni pun satu, buat apa pergi ambil barang-barang kawan-kawan kamu tu ? Kan Papa dah ambil semua tu dekat opis Papa?

Gikgu : ?@#$%^& *(bapa borek anak rintik?)

Jangan menjadi ketam mengajar anak berjalan senget, cermin diri =)


Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri....

Salam sayang,

Friday, September 23, 2011

Peringatan Untuk Wanita...


Salam semua... tadi tengah syok2 baca wall post Kelab Blogger di FB saya , tiba2 terpandang satu wall post dari kawan sekolah lama saya, tentang bahaya kepada wanita, so jom baca :
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! KISAH BENAR!! AWAS Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
  1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
  2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
  3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!
Hati-hati Kaum Wanita!
Nota kaki:
~SILA COPY THEN PASTE UNTUK MASA DEPAN KAUM WANITA~
Salam sayang,