Bulan ni dah genap SETAHUN aku hantar Borang Pertukaran Luar bawah KKM. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Kadang-kadang aku pelik lah, member aku ada je yang hantar TAK SAMPAI 3 bulan borang pertukaran dah dapat transfer balik negeri. Dah lah aku lapor diri jauh dari Johor. Jauh dari family. Orang cakap jauh pemandangan, luas pengalaman. Tapi aku rasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kat negeri sendiri sebab tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.
Memang la mula-mula aku rasa okey je sebab sebelum ni Johor dan KL cuti mingguan hari Sabtu dan Ahad. So aku boleh la spend time dengan family aku time tu, walau terpaksa naik bas hampir 3++ jam setiap Jumaat petang dan hari Ahad naik bas balik KL. Tapi sekarang cuti mingguan Johor dah tukar hari Jumaat dan Sabtu. Kesian dekat suami aku, jumpa dia hanya Jumaat malam sampai Sabtu malam. Sebab apa? Sebab Ahad dia kerja, dan aku pulak dah nak balik KL time tu.
Harga tiket pulak sekarang dah mahal. Tiket KL- Ayer Hitam sehala RM 27.60 x 2 = RM55.20 untuk perjalanan pergi dan balik. Kalau balik tiap-tiap minggu darab empat RM55.20 x 4 = RM 220.80. Duit tiket kena spent RM 220.80 sebulan. Tu baru duit tiket, duit token naik LRT lagi? Nak jimat memamg boleh, tak payah balik, maknanya jumpa suami sebulan boleh jumpa 1 atau 2 kali aje. Nama je suami isteri tapi PJJ lagi.
Call KKM Putrajaya jawapan mesti "awak tunggu jelah". Naik fed up pulak nak call tanya. Susah sangat ke nak dapat tukar ni? Memang kena tunggu tiga tahun ke? Tapi aku lantikan 2013, hampir dah nak cukup 3 tahun. Tapi kenapa tak dapat tukar-tukar lagi? Sedih la macam ni. Ada sesiapa tak pernah kena macam ni? Lama tak korang tunggu?
nota kaki :
- ini luahan hati saya, tiada kene mengena dengan orang lain.
- dengar-dengar ada lantikan baru September ni, kalau ade yang dapat tu, meh la roger-roger sini. ^_^
Perhatian, perhatian, ada sesiapa yang berminat nak sewa bilik di hadapan Hospital Kuala Lumpur ( Vistana Condo) , boleh PM saya dengan kadar segera ya..Terima Kasih ;D
* seorang SAHAJA * RM300 sebulan (deposit 2+1 {boleh dirunding}) * Perempuan Islam SAHAJA (tidak sosial @ merokok) * Pekerjaan Tetap - keutamaan diberikan kepada pekerja HKL * Bilik Tengah - sharing room untuk 2 orang, bilik air di luar * fully furnished - TV, ASTRO, Dapur, Mesin Basuh, peti sejuk, dibenarkan memasak * berdekatan dengan LRT Titiwangsa / monorel Chow Kit / hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL-5 minit jalan kaki) * berdekatan dengan kedai runcit/SpeedMart 99/7E * free motor parking with 24hour security -KEMASUKAN SEGERA / JULAI 2015 -
Perhatian, perhatian, ada sesiapa yang berminat nak sewa bilik di hadapan Hospital Kuala Lumpur ( Vistana Condo) , boleh PM saya dengan kadar segera ya..Terima Kasih ;D
* Seorang SAHAJA
* RM300 sebulan (deposit 2+1 {boleh dirunding})
* Perempuan Islam SAHAJA * Pekerjaan Tetap - keutamaan diberikan kepada pekerja HKL * Bilik Master - sharing room untuk 4 orang, ada bilik air di dalam bilik
* fully furnished - TV, ASTRO, Dapur, Mesin Basuh, peti sejuk, dibenarkan memasak * berdekatan dengan LRT Titiwangsa / monorel Chow Kit / hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL-5 minit jalan kaki)
Perhatian, perhatian, ada sesiapa yang berminat nak sewa bilik di hadapan Hospital Kuala Lumpur ( Vistana Condo) , boleh PM saya dengan kadar segera ya..Terima Kasih ;D
*Seorang - dua orang SAHAJA
* RM300 sebulan (deposit 2+1 {boleh dirunding})
* Perempuan Islam SAHAJA * Pekerjaan Tetap - keutamaan diberikan kepada pekerja HKL * Bilik Master - sharing room untuk 4 orang, ada bilik air di dalam bilik
Perhatian, perhatian, ada sesiapa yang berminat nak sewa bilik di hadapan Hospital Kuala Lumpur ( Vistana Condo) , boleh PM saya dengan kadar segera ya..Terima Kasih ;D
*Seorang - tiga orang SAHAJA
* RM300 sebulan (deposit 2+1 {boleh dirunding})
* Perempuan Islam SAHAJA * Pekerjaan Tetap - keutamaan diberikan kepada pekerja HKL * Bilik Master - sharing room untuk 4 orang, ada bilik air di dalam
bilik
* Bilik Kecil – boleh muat untuk dua orang * fully furnished - TV, ASTRO, Dapur, Mesin Basuh, peti sejuk * berdekatan dengan LRT Titiwangsa / monorel Chow Kit
Perhatian, perhatian, ada sesiapa yang berminat nak sewa bilik di hadapan Hospital Kuala Lumpur ( Vistana Condo) , boleh PM saya dengan kadar segera ya..Terima Kasih ;D
*Seorang - dua orang SAHAJA
* Perempuan Islam SAHAJA * Pekerjaan Tetap - keutamaan diberikan kepada pekerja HKL * Bilik Master - sharing room, ada bilik air di dalam bilik * fully furnished - TV, ASTRO, Dapur, Mesin Basuh * berdekatan dengan LRT Titiwangsa
Perdana Menteri & Menteri Kewangan I Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Jabatan Perdana Menteri:
Menteri- Jabatan Perdana Menteri:
Yb Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
Yb Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
Yb Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
Yb Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Timbalan Menteri- Jabatan Perdana Menteri:
Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)
Menteri Kewangan: Menteri Kewangan I:
Yab Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
(Umno)
Menteri Kewangan II :
Yb Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
(Umno)
Timbalan Menteri Kewangan: Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno) Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
Menteri II: Yb Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (Umno)
Timbalan Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
Timbalan Menteri II: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)
Menteri Pertahanan: Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) Timbalan Menteri Pertahanan: Yb Dato’ Abdul Rahim Bakri (Umno)
Menteri Pengangkutan: Menteri : Yb Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku) Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)
Menteri Dalam Negeri: Menteri : Yb Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno) Timbalan Menteri :Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)
Menteri Kerja Raya: Menteri : Yb Dato’ Fadilllah Yusof (Pbb) Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Menteri : Yb Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno) Timbalan Menteri: Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)
Menteri Luar Negeri: Menteri : Yb Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Hamzah Bin Zainuddin (Umno)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan: Menteri : Yb Dato’ Hasan Bin Malek (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator)
(Umno)
Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Menteri : Yb Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Jailani Bin Johari (Umno)
Menteri Sumber Manusia: Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah: Menteri : Yb Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno) Timbalan Menteri: Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan: Menteri : Yb Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)
Menteri Belia Dan Sukan: Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Saravanan A/L Murugan (Mic)
Menteri Kesihatan: Menteri : Yb Dato’ Seri Subramaniam (Mic) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya (Umno)
Menteri Wilayah Persekutuan: Menteri : Yb Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno) Timbalan Menteri: Yb Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi: Menteri : Yb Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (Pbb) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Noriah Binti Kasnon (Umno)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air: Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Menteri : Yb Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Menteri : Yb Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Joseph Salang Anak Gandum (Prs)
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi: Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar: Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic) Timbalan Menteri : Yb Dato’ Dr. James Dawos Mamit (Pbb)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat: Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb) Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)
Ringkasan:
Perdana Menteri: 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri: 1 Jawatan
Menteri: 30 Jawatan (Termasuk Timbalan Perdana Menteri)
Timbalan Menteri: 27 Jawatan
Jumlah 57 Jawatan
Jumlah Kementerian 24
Jumlah Senator Sedia Ada 1 Orang
Jumlah Senator Akan Dilantik 5 Orang (2 Menteri Dan 3 Timbalan Menteri)
Hari ini 14 Feb 2013, hampir sebulan lebih ( lebih tu lebih seminggu aje) Aku bergelar Penjawat Awam di Hospital
Kuala Lumpur (HKL). Masa lapor diri pada 7 Jan 2013 adalah hari paling sibuk
dan penat bagi Aku dan kawan-kawan yang dapat tawaran lantikan Pembantu Tadbir (PT).
Sebab apa? Sebab kita orang kena isi
macam-macam borang dan submit semua borang-borang tu on time. Nasib baik
beberapa hari sebelum lapor diri, Cawangan Perkhidmatan HKL call suruh bawak
dokumen-dokumen seperti salinan I/C, nombor KWSP, buku bank, gambar berukuran passport, salinan Surat Tawaran Lantikan, akuan sumpah, Surat Setuju Terima, Laporan Kesihatan ( Medical Check-up). Semua kena buat dalam 3 salinan. Tapi Aku buat 4 salinan, mana tau ada borang lain yang nak kena isi. Ada jugak member-member PT lain yang tak bawak, terpaksa lah diorang pergi ambil gambar on the spot.
Lepas 3 hari orientasi pasal HKL, pasal Gaji, pasal HRMIS, pasal sah lantikan dan sah perkhidmatan, pasal Tatatertib dan Cara Kerja, barulah dapat penempatan. Aku dapat bawah Jabatan Urologi dan ditempatakan dekat Klinik Urologi.
Best ker? So far so good lah. Mula-mula memang lah macam nak 'masuk' dengan Sister, JM ( Jururawat Masyarakat) , SN (Staff Nurse/ Jururawat Terlatih) macam tak boleh sebab Aku bukan basic Medic, tapi kata orang 'kayuh perahu perlahan-lahan'. Dan sekarang Aku masih lagi belajar dari mereka semua. Harap semua akan berjalan dengan baik dan bagus kerana impian untuk mintak tukar masih lagi ada dalam hati ni.:)
With love,
P/s : Untuk Pembantu Tadbir yang akan daftar 18 Feb 2013 yang akan datang, Good Luck All!
Pada awal penubuhannya, di kampung belukar juling dikatakan terdapat seorang lelaki cina bermata juling yang tinggal di situ kerana kawasannya yang jauh dan berdekatan dengan laut. Pada suatu hari, lelaki cina itu dikatakan telah membersihkan kawasan tersebut untuk menanam pokok getah. Namun, apabila semuanya selesai lelaki berkenaan hilang tanpa dapat dikesan. Akhirnya kawasan tersebut telah ditumbuhi semak dan belukar. Ketika kawasan itu mahu dijadikan kawasan petempatan, penduduk di situ menamakan kawasan berkenaan sebagai belukar juling, sempena lelaki cina bermata yang membersihkan kawasan itu. Walaupun identiti lelaki bermata juling itu tidak diketahui sehingga ke hari ini, nama belukar juling kekal hingga sekarang.
2. Felda Ulu Dengar, Kluang.
Felda ini mendapat namanya sempena sungai
dengar yang terletak berdekatan dengan gunung belumut. Desiran air sungai
berkenaan bukan sahaja boleh didengar malah dapat dinikmati sepanjang sungai
berkenaan dan boleh dilihat jika pengunjung serta penduduk menyelusuri sungai
berkenaan. Namun, dikatakan ketika itu aliran air di hulu sungai tidak dapat
dilihat dan hanya bunyi derasannya yang dapat didengar dari kawasan
berhampiran. Menurut penduduk di felda ini, pada ketika itu, mereka yang
menyelusuri sungai itu tidak dapat melihat air yang mengalir di hulu sungai dan
hanya dapat mendengar bunyinya sahaja. Apabila felda ini diwujudkan, nama Ulu
Dengar digunakan sempena keunikan suasana di hulu sungai berkenaan.
3. Kampung Liang Batu, Pagoh.
Nama kampung ini
diperoleh sempena satu peristiwa, iaitu air yang mengalir melalui liang
(terowong) menghala ke Sungai Muar. Apabila air itu hampir tiba di Sungai Muar,
ia membelok ke kiri. Air yang melalui liang berkenaan jatuh ke batu yang
dikatakan disusun oleh Sang Kelembai untuk menagkap ikan. Berikutan peristiwa
ini, kampung berkenaan diberikan nama Kampung Liang Batu.