»

Tuesday, August 04, 2015

ANDAI DAPAT SURAT PERTUKARAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17...



Dear Dairy,

Bulan ni dah genap SETAHUN aku hantar Borang Pertukaran Luar bawah KKM. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Kadang-kadang aku pelik lah, member aku ada je yang hantar TAK SAMPAI 3 bulan borang pertukaran dah dapat transfer balik negeri. Dah lah aku lapor diri jauh dari Johor. Jauh dari family. Orang cakap jauh pemandangan, luas pengalaman. Tapi aku rasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kat negeri sendiri sebab tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

Memang la mula-mula aku rasa okey je sebab sebelum ni Johor dan KL cuti mingguan hari Sabtu dan Ahad. So aku boleh la spend time dengan family aku time tu, walau terpaksa naik bas hampir 3++ jam setiap Jumaat petang dan hari Ahad naik bas balik KL. Tapi sekarang cuti mingguan Johor dah tukar hari Jumaat dan Sabtu. Kesian dekat suami aku, jumpa dia hanya Jumaat malam sampai Sabtu malam. Sebab apa? Sebab Ahad dia kerja, dan aku pulak dah nak balik KL time tu. 

Harga tiket pulak sekarang dah mahal. Tiket KL- Ayer Hitam sehala RM 27.60 x 2 = RM55.20 untuk perjalanan pergi dan balik. Kalau balik tiap-tiap minggu darab empat RM55.20 x 4 = RM 220.80. Duit tiket kena spent RM 220.80 sebulan. Tu baru duit tiket, duit token naik LRT lagi? Nak jimat memamg boleh, tak payah balik, maknanya jumpa suami sebulan boleh jumpa 1 atau 2 kali aje.  Nama je suami isteri tapi PJJ lagi. 

Call KKM Putrajaya jawapan mesti "awak tunggu jelah". Naik fed up pulak nak call tanya. Susah sangat ke nak dapat tukar ni? Memang kena tunggu tiga tahun ke? Tapi aku lantikan 2013, hampir dah nak cukup 3 tahun.  Tapi kenapa tak dapat tukar-tukar lagi? Sedih la macam ni. Ada sesiapa tak pernah kena macam ni? Lama tak korang tunggu?
nota kaki : 
- ini luahan hati saya, tiada kene mengena dengan orang lain.
- dengar-dengar ada lantikan baru September ni, kalau ade yang dapat tu, meh la roger-roger sini. ^_^

4 comments:

  1. as salam...sy baru nk lapor diri kat HKl...sy nk tanya camne car kerja di HKl...ada bg kuaters x?

    ReplyDelete
  2. salam,boleh call blk kkm tanya status pertukaran.sbb sy dh dpt tukar.lapor diri 14 sept.tp sy lantikan 2012.cuma permohonan pertukaran sy buat tahun lps.xsampai setahun pn tunggu.cuma kena rajin call tanya kmenterian follow up status pertukaran.kalo dia ckp suh tunggu,tanya agak2 bln bila sy boleh follow up blk.sy buat mcm tu dr awal tahun dia ckp bln 5 or 6.lps tu call bln 5 n 6 dia ckp lps raya.call lps raya dia ckp blom meeting tp doa2 la..n now dh dpt result..cuma surat rasmi blom smp lg kt tgn sy.

    ReplyDelete
  3. wslm. Awka nak tukar luar dari KKM? saya baru je dapat tukar setelah 4 tahun. Tu pon saya lantikan negeri nak ke lantikan federal. Kene tggu 3 tahun. Tunggu confirm dan kluar surat pencen apa semua baru boleh mohon. Mohon tahun lepas dalam bulan september 2015, alhamdulillah Jun 2016 berjaya akhirnya. Awk kene selalu call, kene pegi mengadap kat sana. Macam saya, kami selalu call jpa, spa. pastu suami pon ada pegi jpa.

    ReplyDelete
  4. sis dah dapat tukar..ke saya baru mohon..tak tahu la kena tunggu berapa lama lak bru dpt tukar.harap2 cepatla..dh tak sanggup berjauhan dengan suami..tanpa suami kt sisi sy rsa hidup sy hilang arah..kerja pun dh x macam dlu.rasa tiada kekuatan n semangat..harap2 allah permudahkan urusan pertukaran saya dan dipercepatkan..

    ReplyDelete

Jom Mengomel dekat Citera Alline