Dear dairy,
Hari ini 14 Feb 2013, hampir sebulan lebih ( lebih tu lebih seminggu aje) Aku bergelar Penjawat Awam di Hospital
Kuala Lumpur (HKL). Masa lapor diri pada 7 Jan 2013 adalah hari paling sibuk
dan penat bagi Aku dan kawan-kawan yang dapat tawaran lantikan Pembantu Tadbir (PT).
Sebab apa? Sebab kita orang kena isi
macam-macam borang dan submit semua borang-borang tu on time. Nasib baik
beberapa hari sebelum lapor diri, Cawangan Perkhidmatan HKL call suruh bawak
dokumen-dokumen seperti salinan I/C, nombor KWSP, buku bank, gambar berukuran passport, salinan Surat Tawaran Lantikan, akuan sumpah, Surat Setuju Terima, Laporan Kesihatan ( Medical Check-up). Semua kena buat dalam 3 salinan. Tapi Aku buat 4 salinan, mana tau ada borang lain yang nak kena isi. Ada jugak member-member PT lain yang tak bawak, terpaksa lah diorang pergi ambil gambar on the spot.
Lepas 3 hari orientasi pasal HKL, pasal Gaji, pasal HRMIS, pasal sah lantikan dan sah perkhidmatan, pasal Tatatertib dan Cara Kerja, barulah dapat penempatan. Aku dapat bawah Jabatan Urologi dan ditempatakan dekat Klinik Urologi.
Best ker? So far so good lah. Mula-mula memang lah macam nak 'masuk' dengan Sister, JM ( Jururawat Masyarakat) , SN (Staff Nurse/ Jururawat Terlatih) macam tak boleh sebab Aku bukan basic Medic, tapi kata orang 'kayuh perahu perlahan-lahan'. Dan sekarang Aku masih lagi belajar dari mereka semua. Harap semua akan berjalan dengan baik dan bagus kerana impian untuk mintak tukar masih lagi ada dalam hati ni.:)
With love,
P/s : Untuk Pembantu Tadbir yang akan daftar 18 Feb 2013 yang akan datang, Good Luck All!
selamat bekerja :)
ReplyDelete@Aku Penghibur, terima kasih...
ReplyDeletehai alline..alhamdulillah smuanya berjalan lancar..kak pon ok dgn keja ni..hehe..igt kak lg ke ni?selamat bekerja ok..;)
ReplyDeletesalam..sy pn bru dpt tawarn pmbntu tdbr kkm..skrg tgh tggu surat kkm utk penempatan n lapor diri.hrp2 dpt la dkt2 ngn tmpt tggl skrg.sbb sy kn dh khwin n ada ank..risau la..tkut kena anta jauh je..blh mntk ke penempatn?
ReplyDeleteAs Salam...Nk tnya la...biasanya brapa lama antara surat lantikan n penempatan tu...
ReplyDeleteAs salam
ReplyDeleteAlline saya nak tnye time lapor diri ni awak stay mana?awak cr umh siap2 ke?