»

Friday, April 01, 2011

RINDU


Entah kenapa malam ni tangan aku ringan betol menekan papan keyboard menaip huruf-huruf dan seterus menjadi perkataan dan kemudian menjadi ayat-ayat.
Hmmmm... yang pasti sekarang aku sedang rindu seseorang, rindu sangat. Mungkin gadis yang mempunyai nama NUFIL AMALINA itu belum lagi menjadi seorang yang tabah, ya? Mana mungkin dia sedang ingat kau, NUFIL AMALINA. Sudahlah, dah dekat 3 bulan, tak kan masih tak cukup untuk kau berfikir?
Ya, bagi gadis lain sebaya aku, mungkin 3 bulan sudah cukup untuk melupakan sesuatu ataupun seseorang tapi aku? Entahlah.....sejujurnya aku masih lagi seperti anak kecil yang perlukan perhatian. Perhatian dari family, adik-adik, teman dan dia (kalaulah kami masih seperti dulu). Family? Cukup lihat saja abah, emak, ibu dan ayah. "Kalau boleh Along biar dapat keje kat Johor jer, senang sikit, tak jauh dari kami " Hmmm..ntah lah ayahanda dan bonda ku, anak mu masih belum terubat lukanya, kalau boleh mahu pergi jauh dari Johor... (lagak orang putus asa aje +_+)
Ya Tuhan, apa agaknya dia sedang buat sekarang? Apa agaknya khabar si dia waktu ini? Sihatkah? Sakitkah dia? Mudah-mudahan dia sihat dan tidak sakit,. Aku doakan dia selalu sihat dan berbahagia serta memperolah apa saja yang dia mahukan (selagi yang baik-baik je ) di duania dan akhirat. Ya Allah, kalau betol dia bukan tercipta untuk ku, kau hilangkanlah perasaan ini sebaiknya....Amin.
p/s : saya masih sayang awak....

0 kawan coret-coret:

Post a Comment

Jom Mengomel dekat Citera Alline