»

Thursday, November 17, 2011

Nota 4 : Tips Buat Blog Nampak Comel


Subjek : Tips Buat Blog Nampak Comel

Cikgu : Ratu Lissa

Nota :

Tema blog

Kalau nak blog nampak cantik dan kemas, kenalah bijak pilih warna. Sebenarnya tak kisah pun warna apa, semua cantik. Yang pekat ke, yang gelap ke, yang suram ke, yang kusam ke, yang kelam ke, yang pudar ke, yang cair ke, apa-apa jelah. Semua cantik. Tapi, blog kita kenalah ada tema. Dan warna yang dipilih tu mesti lah satu sahaja. Buat apa nak pilih tema blog sampai 23? Banyak sangat lah.. Kalau dua pun dah cantik.

Gadget

Gadget tak perlulah banyak sangat, terutamanya pasal gambar-gambar. Sebab, kebanyakan blogger cuma baca entry, komen, ataupun blogwalking je. Diorang bukan nak mengabadikan pun gambar-gambar tu. Tak salah pun nak letak, tapi jangan banyak sangat macam korang tengok album.

Lagu dalam blog

Tak perlu letak lagu. Pernah tak korang fikir, lagu memeningkan kepala kalau banyak sangat? Kalau seseorang itu sedang blowalking 6 blogs, 3 daripadanya ada lagu. Takkan lah mereka nak dengar 3 lagu dalam satu masa yang sama? Kalau lagu tu best tak pe lah jugak. So, dicadangkan, sila guna youtube player ! Ataupun music dumper, tapi, kadang-kadang, blogger tu dah ada lagu mereka sendiri yang mungkin mereka bukak dalam player computer mereka. Jadi, lebih senang tak payah letak lagu.

Template yang digunakan.

Siapa kata guna template yang disediakan seperti watermark, window tu tak cantik? Tak semestinya guna denim, washed denim, simple, minima aje cantik. Yang penting, kreativiti seseorang terhadap blog. Baru lah cantik.

Saiz tulisan

Saiz tulisan terlalu kecik sebenarnya akan menyusahkan para pembaca/blogger untuk baca entry, tapi kalau besar pun tak cantik untuk sesetengah template yang digunakan ni. So, pandai-pandailah mix and match. Tapi better korang guna font saiz 12, gerenti cantik J

Jenis tulisan

Korang janganlah guna tulisan yang tak boleh dibaca. Terutamanya tulisan berangkai. Tak de siapa nak baca nanti. Korang guna Trebuchet, georgia, times new roman, arial, verdana.. Mesti cantik dan kemas..

How to make it looks cute and awesome?

Ikut kreativiti masing-masing. The fonts..The sizes of the fonts, colors…. Etc. For example: For sidebar, kalau warna blog kita warna soft pink, apa kata we change the border of our sidebar to dark pink. It will be still in pink, right? Kalau blog warna pink jugak, for scroll bar, kita guna dark pink and white. Dan begitulah blockquote dan seterusnya..

Sayang nota ini,

0 kawan coret-coret:

Post a Comment

Jom Mengomel dekat Citera Alline